Monday 2 April 2018

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

KEBAIKAN

MEMUDAHKAN KERJA SEHARIAN
 Teknologi telah berjaya emudahkan pelbagai kerja seharian kita mesin basuh kain, mesin basuh pinggan dan peti ais telah meringan kan kerja dirumah dan hampir setiap rumah di malaysia kini telah memiliki sekurang kurangnya mesin basuh kain dan peti ais.

MENJIMATKAN MASA
Perkembangan teknologi juga telah dapat menjimatkan masa. perkembangan pesat teknologi pengangkutan telah menjimatkan masa perjalanan dari satu destinasi ke destinasi yang lain.

KEMUDAHAN KOMUNIKASI
Kecanggihan teknologi masa kini telah memberi banyak kemudahan komunikasi kepada seluruh masyarakt didunia. ianya amat mudah, hanya perlu menggunakan telefon, laman media sosial, skype, yahoo massanger, email dan sebagainya.

TEKNOLOGI PERUBATAN BANTU MENGAWAL/MENGUBAT PENYAKIT
Perkembangan teknologi perubatan telah banyak membantu menyelamatkan manusia. Penggunaan INCUBATORS telah banyak membantu bayi yang lahir tidak cukup bulan untuk terus hidup.


KEBURUKAN

JENAYAH
Perkembangan teknologi pula boleh membawa keburukan jenayah siber, ianya seperti kecurian maklumat, penipuan, penyebaran virus, penggodam, pengubah suaian keatas program dan sebagainya

KURANG PERGAULAN
Pelbagai jenis gadget dan permainan secara online telah menyebabkan kurangnya pergaulan dikalangan remaja dan kanak-kanak

MENGANCAM NYAWA MANUSIA
Teknologi nuklear boleh menyebabkan mengancam nyawa manusia. Tidak dinafikan lagi, teknologi nuklear banyak memberi kebaikan kepada manusia, disamping kebaikan, ianya juga boleh membawa keburukan kepada manusia

MENJEJASKAN KESIHATAN
Pada masa kini, terdapat banyak makanan dalam tin yang boleh terus dimakan. Pernahkan kita berfikir, adakah makanan dalam tin adalah selamat untuk dimakan? apakah bahan yang digunakan bagi memastikan ianya tahan lama? Penggunaan bahan kimia dalam pemprosesan dan teknologi makanan seperti sulfur dioksida, acid benzonik, dan asid sorbik boleh menyebabkan penyakit seperti kanser dan sesak nafas.

No comments:

Post a Comment